.

Pengikut Blog Zaldeco

Kertas Dinding ZALDECO - Seksyen 6, Wangsa Maju

Pemasangan walllpaper pada dinding 'feature wall' merupakan alternatif rinkas dalam menaikkan seri ruang tamu. Malah ianya bukan sekadar boleh diaplikasikan terhadap ruang tamu sahaja, 'feature wall' juga boleh dicipta di ruang makan, ruang santai, dapur dan juga bilik tidur.




Sejak sekian lamanya ZALDECO sudah sebati dalam memberikan khidmat pemasangan wallpaper yang cukup professional. Team pemasang kami amat cekap malah sistem ukuran melalui pemancar laser juga digunakan bagi mendapatkan ukuran yang betul.




Di kediaman pelanggan ini pilihan glamor dari rona kelabu dipilih bagi mencetus suasana mewah dan moden dan tampil tidak keterlaluan. Dari dinding yang asalnya polos, dengan penambahan kertas dinding atau 'wallpaper' ruang tamu ini kini bangkit dalam aura dekorasi yang tersendiri.




Dengan kehadiran wallpaper tentunya ruang tampil lebih lengkap malah segala perabot yang anda miliki, permaidani mahupun lampu-lampu hiasan kini tampil lebih bernyawa dengan adenya gabungan wallpaper.



No comments:

Post a Comment