.

Pengikut Blog Zaldeco

Wallpaper / Kertas Dinding ZALDECO

Kediaman tampil lebih menawan dengan pemasangan wallpaper dari koleksi ZALDECO. Ratusan koleksi kami beserta pemasangan yang profesional membuatkan kertas dinding ZALDECO terus mendapat permintaan ramai.

KLIK UNTUK MELIHAT KOLEKSI WALLPAPER

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pemasangan Kertas Dinding ZALDECO Di Paya Jaras


---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pemasangan Kertas Dinding ZALDECO Di Puchong Prima


---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pemasangan Kertas Dinding ZALDECO Di Pangsapuri Langat Jaya


---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pemasangan Kertas Dinding ZALDECO Di Pangsapuri Perak, Shah Alam


---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pemasangan Kertas Dinding ZALDECO Di Casa Magna, Kepong



---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pemasangan Kertas Dinding ZALDECO Di Bukit Saujana


---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pemasangan Kertas Dinding ZALDECO Di Kota Damansara


---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pemasangan Kertas Dinding ZALDECO Di Taman Villa Putra


---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pemasangan Kertas Dinding ZALDECO Di Bukit Subang


---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pemasangan Kertas Dinding ZALDECO Di Bukit Antarabangsa


---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pemasangan Kertas Dinding ZALDECO Di Genting Kelang


---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pemasangan Kertas Dinding ZALDECO Di Wangsa Maju


---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pemasangan Kertas Dinding ZALDECO Di seri Jati Apartment


---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pemasangan Kertas Dinding ZALDECO Di Bukit Tinggi, Klang


---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Wallpaper ZALDECO - Astana Lumayan, Cheras


---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Wallpaper ZALDECO - Mattop Bariani Restauran, Bangi


---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Wallpaper ZALDECO - Bandar Nusaputra, Puchong


---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Wallpaper ZALDECO - Putra Villa, Taman Melati


Dinding utama ataupun feature wall sering kelihatan hambar tanpa sentuhan kertas dinding sebagai titik dekorasi tumpuan. Kehadiran wallpaper atau kertas dinding pada permukaan feature wall mudah menaikkan mood dan mencipta aura dekorasi yang sempurna.


Buatpelanggan ini, dinding -dinding kediamannya dipenuhi warna hijau segar, jadi ZALDECO memberikan satu sentuhan wallpaper dari rona hijau yang cukup lembut beralun warna kelabu likauan. Wallpaper ini dari koleksi yang memiliki kilauan apabila terkena pantulan cahaya.


Setelah selesai pemasangan wallpaper kediaman yang hambar kini lebih menyerlah dengan gaya sentuhan dekorasi yang sempurna. Dapatakan ratusan koleksi wallpaper ZALDECO dengan kru pemasangan yang profesional.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Wallpaper ZALDECO - Jalan Klang Lama


Pelanggan di Jalan Klang Lama ini menyerahkan tugasan memilih dan memasang wallpaper sepenuhnya kepada ZALDECO. Selebriti pereka dalaman Faizal Zain hadir ke lokasi meninjau keadaan kediaman sebelum pilihan kertas dinding atau wallpaper dilakukan.


Tuan rumah yang meminati warna coklat dan suasana natural buat ruang tamunya, membuatkan pereka dalaman Faizal Zain memilih kertas dinding dari corak kayu oak. warna coklatnya yang sejati bersama jalinan corak urat kayu menghasilkan satu permukaan 3 dimensi.


Buat bilik tidur utama pula, pelanggan mahukan suasana lebih tenang dan sedikit ceria, jadi warna unggu lembut bersama cetusan merah jambu dipilih. Wallpaper dari corak berkotak-kotak melahirkan suasana yang cukup berbeza.


Lihatlah hasil kediaman ini setelah dilengkapi wallpaper, nyata keadaan jauh lebih indah dan menarik. Anfda juga harus memilikinya...


---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Wallpaper ZALDECO - Kediaman Yang Berhormat

Wallpaper iaitu kertas dinding sememangnya satu elemen pembangkit aura dekorasi yangcukup kuat. Dengan adanya wallpaper pada sesebuah dinding, maka akan terserlahlah keunikan ruang tersebut bergantung kepada elemen dan tema wallpaper tersebut.






Menjengah masuk ke banglo mewah milik seorang yang berhormat, sudah pastinya mengenali akar umbi elemen dekorasi yang cuba disampaikan. Melihat pemilihan perabot-perabot yang sedia ada di kediaman beliau membuatkan ZALDECO memilih wallpaper dari tema vintage dan mewah bagi melengkapi lagi kediaman ini agar sentuhan dekorasi akan menjadi lebih berjaya.






Selebriti pereka dalaman memilih rona dari koleksi bumi, iaitu coklat gelap untuk dijadikan feature wall buat kediaman ini. Isitimewaan wallpaper yang dipilih ialah gabungan warna coklat gelap dan emas yang bersilau tatkala terkena tempiasan cahaya membangkitkan lagi cetusan mewah buat kediaman ini.






Selesai pemasangan wallpaper buat ruang tamu ini, ternayta penampilan banglo mewah ini kelihatan lebih 'hidup' dengan adanya wallpaper. Kemudian buat ruang bilik, selebriti pereka dalaman Faizal Zain memilih dari rona putih, membangkitkan suasana yang lebih luas dan penuh elegan. Dengan wallpaper bertektur ini segalanya tampil lebih mewah dan memukau.






ZALDECO sudah sekian lama memonopoli khidmat wallpaper diseluruh kawasan liputan. Tidak hairanlah kami sering menjadi pilihan utama pelbagai lapisan masyarakat yang memerlukan perkhidmatan wallpaper. Dari koleksi wallpaper yang kami tawarkan hingga beratus banyaknya, khidmatan pemasangan professional juga menjadi satu tunjang buat team wallpaper ZALDECO.







Untuk ruang bilik seterusnya, warna biru terkois menjadi pilihan, namun elemen-elemen mewah tetap dikekalkan dengan memilih wallpaper dari gabungan jalinan emas.




Akhirnya keseluruh kediaman yang berhormat tampil lebih menyerlah dengan koleksi wallpaper ZALDECO. Anda juga seharusnya memiliki wallpaer kami!

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Wallpaper ZALDECO - Klinik Pergigian Dr. Mansur






Hari ini wallpaper bukan sahaja dilihat sebagai satu sentuhan dekorasi buat kediaman malah ianya juga adalah pelengkap kepada sentuhan dekorasi buat premis-premis perniagaan. ZALDECO telah banyak menyiapkan pelbagai premis perniagaan dengan koleksi pelbagai wallpaper di antaranya salon kecantikan, pusat spa, pusat snooker, butik perkahwinan syarikat-syarikat korporat dan lain-lain.






Namun di premis-premis perniagaan ini bukan semua yang bersetuju untuk kami paparkan gambar-gambar buat tatapan blogger, permintaan mereka kami hormati. Jadi yang terbaru, atas kebenaran tuan punya premis perniagaan ini, dapatlah kami paparkan tugasan kami memasang wallpaper untuk Klinik Pergigian Dr. Mansur yang terletak di Sungai Buloh.






Ternyata suasana klinik yang hambar kini tampil lebih menyerlah dengan koleksi wallpaper ZALDECO. Selebriti pereka dalaman Faizal Zain memilih dari rona biru dan kelabu agar kelihatan sedondon dengan rona warna keseluruhan dinding klinik ini.








---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Wallpaper ZALDECO - Batu 3, Shah Alam


Pemasangan wallpaper sememangnya langkah mudah menghiasi permukaan dinding. Jika anda mempunyai dinding kediaman yang agak lama dan malas untuk mengecatnya, maka pemilihan wallpaper adalah langkah yang paling berkesan.






Dengan promosi wallpaper ZALDECO segalanya lebih berbaloi kini. Pemasangan team kami yang cukup profesional menghasilkan satu sentuhan yang sempurna. Tidak kira apa jua jenis kediaman anda, wallpaper merupakan trend dekorasi yang semakin digemari.






---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Wallpaper ZALDECO - PPR, Pantai Dalam

ZALDECO menawarkan ratusan koleksi wallpaper sesuai untuk pelbagai jenis kediaman dan pejabat. Tidak kira apa jua jenis kediaman anda, kehadiran wallpaper pada dinding rumah pasti membangkitkan suasana yang lebih menarik.




Pemasangan kami yang menggunakan teknik yang betul membuatkan wallpaper yang dipasang mampu bertahan bertahun-tahun lamanya. Dan tahukah anda, wallpaper memerlukan teknik pemasangan yang kemas agar cantuman corak dari satu wallpaper ke satu lagi wallpaper nampak sekata.




Untuk bahagian ruang tamu kediaman PPR Pantai Dalam ini, corak berjalur dari rona utama unggu dipilih bagi melatari keseluruhan feature wall. Dengan mudahnya sentuhan terbangkit dengan kehadiran wallpaper pada ruang ini. Corak berjalur tampil untuk rekaan moden dan sesuai baut penghuni yang berjiwa ringkas dan ranggi.




Bagi ruang bilik tidur utama pula kami menyarankan corak yang lebih romantis dan berkarekter. Corak berbunga dari gabungan hijau terkois dan unggu menjadi tema utama wallpaper rekaan ini.



Sejurus pemasangan selesai, kini bilik tidur tampil lebih mesra dan manis, sesuai buat kamar beradu dan menjadi terapi saat melepas penat lelah seharian.




Buat kediaman si puteri cilik pula, corak yang sedondon dipilih untuk melengkapi sentuhan moden bilik tidur ini. Rona yang lebih sepadan buat si manja, lalu merah jambu dipilih menjadi kemasan wallpaper bilik tidur kanak-kanak ini. Hasilnya cukup menyerlah.



---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Wallpaper ZALDECO - AU2, Keramat

Pemasangan wallpaper ZALDECO berterusan di merata tempat dengan sambutan hangat promosi 'Jom Tampal'. Harga yang kami tawarkan jauh lebih murah jadi ianya patut anda miliki.




Pelanggan kediaman ini juga tidak melepaskan peluang dengan memlih dua rona dan corak wallpaper bagi menghiasi 2 bilik tidurnya.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kertas Dinding ZALDECO - Bukit Belachan, Ampang

ZALDECO sudah lama menerajui khidmat pemasangan wallpaper dan menyajikan ratusan pilihan wallpaper mampu milik. Sejak dari dahulu, kami sudah menjadi pilihan pelanggan. Tidak hairanlah meski pun sudah bertapak sekian lama, nama ZALDECO masih sinonim dengan sentuhan kertas dinding dan saban hari kami terus menuju kehadapan.




Pelbagai kediaman sudah pun kami lengkapi dengan wallpaper ZALDECO. Dan pelbagai jenis daerah sudah pun kami jelajahi. Kami terus mahu memberikan perkhidmatan terbaik untuk semua pelanggan dan jutaan terima kasih juga kepada anda semua yang terus memberikan kepercayaan kepada ZALDECO.




Untuk kediaman ekslusif di banglo berdekatan Bukit Belachan, Ampang ini beberapa rona dan corak wallpaper ZALDECO menjadi pilihan untuk melatari ruang tamu dan juga beberapa buah bilik.




Sudah semestinya kediaman jenis ini kehadiran wallpaper amatlah diperlukan. Tanpa wallpaper atau kertas dinding sudah semestinya kediaman akan tampil tidak bernyawa.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kertas Dinding ZALDECO - Setiawangsa

Kertas dinding atau wallpaper kini bukan lagi untuk penyeri bagi rumah-rumah mewah sahaja. Kini kehadirannya dilihat sebagai satu pelengkap dekorasi kediaman kepada semua jenis rumah. Bagi rumah-rumah yang kecil seperti pangsapuri mahupun flat juga boleh mengaplikasikan wallpaper sebagai sentuhan dekorasi dinding.




Dari pada kebiasaan dinding yang polos dan kadang kala menjemukan, apalah salahnya kehadiran wallpaper menzahirkan sedikit keceriaan kediaman.




Dari pilihan warna asas kuning telur yang bersatu dengan ornamen bungaan merah hati, wallpaper ini tampil menyerikan keseluruhan ruang tamu sebuah kediaman jenis flat di Setiawangsa.



Dengan tenaga pemasang wallpaper yang cekap bersama ratusan pilihan wallpaper, nama ZALDECO telah lama berada dihadapan dalam perkhidmatan ini.




Kediaman ini kini tampil menyerlah dengan satu perubahan yang berani.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kertas Dinding ZALDECO - Seksyen 6, Wangsa Maju

Pemasangan walllpaper pada dinding 'feature wall' merupakan alternatif rinkas dalam menaikkan seri ruang tamu. Malah ianya bukan sekadar boleh diaplikasikan terhadap ruang tamu sahaja, 'feature wall' juga boleh dicipta di ruang makan, ruang santai, dapur dan juga bilik tidur.




Sejak sekian lamanya ZALDECO sudah sebati dalam memberikan khidmat pemasangan wallpaper yang cukup professional. Team pemasang kami amat cekap malah sistem ukuran melalui pemancar laser juga digunakan bagi mendapatkan ukuran yang betul.




Di kediaman pelanggan ini pilihan glamor dari rona kelabu dipilih bagi mencetus suasana mewah dan moden dan tampil tidak keterlaluan. Dari dinding yang asalnya polos, dengan penambahan kertas dinding atau 'wallpaper' ruang tamu ini kini bangkit dalam aura dekorasi yang tersendiri.




Dengan kehadiran wallpaper tentunya ruang tampil lebih lengkap malah segala perabot yang anda miliki, permaidani mahupun lampu-lampu hiasan kini tampil lebih bernyawa dengan adenya gabungan wallpaper.




---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kertas Dinding ZALDECO - Bukit Serdang




Wallpaper lazimnya menjadi medium yang tepat saat kita memerlukan satu sentuhan dekorasi yang cepat. Ianya dapat menutup kerosakan dinding yang merekah mahupun kecacatan atau kerosakan cat pada permukaan dinding.




Dengan menampal wallpaper segala kecelaan dinding dapat ditutupi dan anda tidak lagi perlu pening kepala. Selain menutupi kecelaan dinding, wallpaper juga menaikkan aura yang tersendiri dalam sentuhan dekorasi bagi sesebuah ruang.




ZALDECO menawarkan dari pelbagai koleksi wallpaper yang boleh anda miliki. Dapatkan ianya hari ini dengan tawaran harga yang menarik.



---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kertas Dinding ZALDECO - Damansara



Seperti biasa pemilihan wallpaper harus tepat dengan konsep dan citarasa. ZALDECO menawarkan dari ratusan koleksi wallpaper yang boleh anda pilih.




Sentuhan wallpaper yang cantik semestinya bersangkut paut dengan teknik pemasangan yang kemas dan teliti.




Dari permukaan dinding yang hambar kini ianya tambil lebih menarik dengan wallpaper pilihan.




---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kertas Dinding ZALDECO - ZALDECO Showhouse

Kehangatan Syawal semakin terasa, di kesempatan promosi kertas dinding 'wallpaper' ZALDECO Showhouse juga tidak ketinggalan mengambil peluang keemasan ini untuk menukar keseluruhan wallpaper yang sedia ada. Wallpaper ZALDECO Showhose yang asal telah dipasang sejak 4 tahun yang lalu.

Apabila Showhouse ini menukar konsep dari konsep Asian Culture kepada Garden House, ZALDECO juga menukar keseluruhan kertas dinding yang ada bagi menepati konsep.




Kerja-kerja mengopek dan menanggalkan wallpaper lama perlu dilakukan dengan penuh teliti. Namun segalanya tidak menjadi halangan kepada team kami yang sememangnya pakar dalam hal-hal yang demkian.




Pereka dalaman Faizal Zain kali ini memilih dua rota dan corak wallpaper bagi melatari keseluruhan ruang tamu, ruang santai dan ruang makan. Wallpaper dengan base putih dan bercorak dedaun hijau beserta wallpaper bercorak brick atau batu bata berjaya dipadankan dengan sempurna.





Dengan adanya promosi ini pemasangan wallpaper dirasakan amat berbaloi. Hanya dalam tempoh beberapa jam sahaja ZALDECO Showhouse sudah bertukar rupa. Kelihatan lebih segar dengan sentuhan baru. Bagi transformasi ini ZALDECO Showhouse memperuntukkan 32 gulung wallpaper. Lihatlah...bergitu hebatnya aura yang dimiliki oleh wallpaper.





Pada bilik kanak-kanak pula dua rona wallpaper dari corak sedondon dipilih. Tidak terlalu keanak-anakkan, wallpaper untuk bilik si manja ini di pilih dari corak flexible, seiring usia mereka membesar, wallpaper yang di pilih akan kekal menyerlah seiring usia mereka menuju remaja.





Dapatkanlah pandangan dan konsultasi kami bagi menghiasi kediaman anda dengan wallpaper. ZALDECO sudah menerajui konsultasi dan pemasangan wallpaper sejak sekian lama dan diyakini pelanggan.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kertas Dinding ZALDECO - Kota Puteri, Ijok



Kediaman tanpa kertas dinding sememangnya kelihatan hambar.

Pelanggan di Kota Puteri, Ijok Selangor turut meraikan promosi ini apabila melengkapi kediaman baru mereka dengan pilihan kertas dinding dari rona moden. Paduan rona silver dan kelabu menjadi pemangkin aura dekorasi, apabila ruang tamu dan juga ruang makan ditampilkan dalam konsep sedondon.




Team ZALDECO sememangnya amat mahir dalam kerja-kerja pemasangan kertas dinding. Malah kami juga menggunakan teknik yang lebih moden, bukan sahaja setakat ukuran biasa kami juga menggunakan teknik ketepatan pancaran laser agar setiap sudut dapat menghasilkan kiraan yang lebih tepat.




Warna hijau 'terkois' hari ini menjadi kegilaan ramai, bukan sahaja dari ronanya yang lembut malah pancaran keceriaan yang ditampilkan warna ini mencetuskan mood yang bahagia.




Warna ini juga tergolong dalam warna-warna moden. Bersesuaian juga dengan pilihan kertas dinding dari tema yang sama.




Nah, kediaman baru ini kini tampil menyerlah dengan kehadiran kertas dinding beserta cetusan warna hijau 'terkois' moden. Kini tuan rumah sudah lebih bersedia menyambut Syawal yang bakal tiba lebih-lebih lagi bagi mereka yang bakal mengadakan majlis rumah terbuka.



---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kertas Dinding ZALDECO - D'casa Kondominium, Ampang.



Makeover yang dilakukan ke atas kediaman ini simple dan jelas. Pemilihan lantai kayu sebagai medium utama lantai pastinya lebih menyerlah dan membangkit aura keselesaan dan kelihatan lebih mewah. Bersama palitan dinding dengan rona merah jambu, beserta kertas dinding ornament, membuatkan kediaman ini kelihatan agak elegant.



---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kertas Dinding ZALDECO - Puteri Permai, Ampang.




Satu bahagian dinding utama dipilih bagi menghiasinya dengan kertas dinding dengan permukaan bunga bertektur. Pilihan warna wallpaper ini juga begitu sinonim dengan warna-warna dinding kediaman ini yang kebanyakkan menggunakan warna krim, kelabu dan putih.






Banyak mereka yang menawarkan perkhidmatan pemasangan wallpaper, tapi tahukah anda bahawa wallpaper bukan sewenang-wenangnya dipasang oleh semua orang. Kemahiran dan kepakaran yang tinggi amat di perlukan untuk mendapatkan hasil yang sempurna.



Wallpaper ZALDECO semuanya datang dari jenis kalis air, terdapat pelbagai koleksi dari yang licin sehingga yang bertektur bagi memenuhi kehendak anda. Wallpaper kami juga datang dengan jenis pantulan cahaya dan sesuai bagi mereka yang mementingkan kesan dan sinaran.



Bagi ruang yang sempit seeloknya elakkan sebarang jenis rak TV, anda boleh memilih untuk mengantungkan TV anda terus ke dinding ataupun memasang rak TV ciptaan kami.



Kanvas hiasan dinding dari ZALDECO kali ini cukup istimewa apabila mengabadikan gambar perkahwinana pelanggan. Sudah semestinya detik indah hari bahagia terpahat di hati namun ianya juga boleh diabadikan di dinding utama sebagai hiasan istimewa.




Lihatlah hasil sentuhan istimewa ini ke atas kediaman jenis pangsapuri. Satu sentuhan minimalis tercipta segar, ringkas dan sempurna. Kami pasti anda juga amat mengiginkannya.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kertas Dinding ZALDECO - Lestari Putra, Sri Kembangan.

Sentuhan makeover hari ini sememangnya diidamkan ramai orang. Namun masih ramai di kalangan mereka yang ragu-ragu dan takut untuk mendapatkan sentuhan pakar pereka dalaman. Manakan tidaknya kebanyakkan pereka dalaman mahupun syarikat rekaan dalaman mengenakan caj yang amat tinggi dan mereka yang menentukan budget untuk dekorasi kediaman anda.



Pemilihan wallpaper dari koleksi ZALDECO untuk feature wall.

Dari ruang polos dan hambar, sedikit demi sedikit ZALDECO melahirkan perubahan. Masih mengekalkan beberapa perabot lama, maka pelanggan akan dapat lebih berjimat namun kepakaran kami masih tetap terserlah.




Wallpaper kali ini adalah dari siri Cyber dimana permukaannya yang berkilat dan bertektur bakal melahirkan pantulan 3D saat terbias kepada cahaya dan pancaran.





Akhirnya kediaman pelanggan ini telah bertukar rupa. Dari kediaman tanpa aura dan sentuhan kini lahirlah kediaman dengan tema Cyber Velvet yang mendapat sentuhan sepenuhnya daripada ZALDECO.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kertas Dinding - ZALDECO - PV8, Taman Melati.

ZALDECO menzahirkan sentuhan dekorasi pada kediaman jenis kondominium yang terletak di Taman Melati Kuala Lumpur, Platinum Victory. Mencetus sebuah pengubahsuaian ataupun lebih segar disebut ‘Makeover’ dalam budget yang rendah dan sederhana memanglah amat sukar. Segala bahan, material dan kos perlu diambil kira. Namun atas kepakaran kami yang telah menerajuinya bertahun-tahun, ianya bukanlah sesuatu halangan buat ZALDECO.




Platinum Victory kondo yang terletak di ibu kota didiami golongan yang bekerjaya dan gemar akan kehidupan di tengah metropolis. Dengan keluasan melebihi 1300 kaki persegi kediaman mudah tampil polos dan kosong jika pemilik gagal menemui formula dekorasi yang sesuai.



Oleh yang demikian penggunaan wallpaper amat membantu. Dengan keluasan ini bersama pilihan perabot yang sedikit pemilihan wallpaper dari corak berbunga amat digalakkan agar ruang yang luas kelihatan sedikit padat dengan kehadiran corak berbunga yang bertabur dan berserakkan pada permukaan dinding.





Dalam sentuhan makeover ini, ZALDECO memadankan warna terang dan ceria, fantasy green pada ruang makan. Sebahagian dinding dilitupi wallpaper dari jenis berbunga manakala sebahagian lagi dengan wallpaper dari rona kosong. Keseimbangan gabungan ini amat menyerlahkan langi ruang makan. Pada sebahagian yang lain pula, cermin dinding digantung agar terciptanya refleksi imej.





Pada ruang tamu pula warna hijau terkois menjadi pilihan. Seperti ruang makan, wallpaper pada ruang tamu juga menggunakan formula yang sama di mana sebahagian dinding dilitupi wallpaper berbunga manakala sebahagian lagi dengan corak polos. Pemilihan pengcahayaan juga memainkan peranan penting, seperti biasa warna suram dan samar melahirkan kediaman lebih moden dan urban.



Ruang makan yang tampil menyerlah dengan wallpaper warna terang.

Akhirnya sentuhan makeover kali ini tampil berjaya dengan mencetuskan aura ceria pada ruang makan. Suasana tampil lebih bertenaga namun masih simple dan bersahaja.



Ruang tamu yang kini tampil dengan kelainan.

Dalam budget mampu milik, akhirnya kediaman ini tampil amat berbeza malah aura keindahannya jelas terasa saat melewati kediaman ini dari sebelumnya. Setiap ruang tambil lebih elegan menzahirkan citarasa penghuni.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Koleksi-koleksi kertas dinding ini terdapat dalam pelbagai rekacorak dan warna yuntuk dipadankan pada ruang anda. Dengan kualiti yang tinggi dan kalis air ianya mampu bertahan bertahun lamanya.





Pemilihan yang tepat harus dibuat untuk sesuatu ruang, jadi berbincanglah dengan ZALDECO tentang apa yang anda impikan.


Lebaran kali ini bakal kembali lagi dengan penuh kemeriahannya. Menyambut ketibaan hari mulia itu nanti Zaldeco terus menawarkan pelbagai rekacorak kertas dinding (wallpaper) yang berkualiti tinggi untuk menghiasi permukaan dinding agar kediaman anda tampil menyerlah di pagi syawal.



Memang banyak tawaran kertas dinding di pasaran, namun anda haruslah berwaspada dengan kertas dinding tiruan yang dijual pada harga yang cukup murah tetapi hakikatnya langsung tidak berkualiti. Kertas dinding tiriuan ini memang terdapat pelbagai corak dan cukup cantik, tetapi anda bakal menghadapi masalah setelah tempoh beberapa bulan pemasangganya apabila ianya mula meregang, terkupas dan menggelembung. Akhirnya ianya menjadi masalah besar buat anda dan langsung tidak berbaloi.



Satu lagi kesilapan yang sering dilakukan pembeli ialah memilih corak dan padanan kertas dinding yang salah. Perlu diinggatkan di sini bahawa tidak semua kertas dinding sesuai untuk jenis ruang dan kediaman anda meskipun warna dan coraknya cukup menarik. Faktor ruang, ketinggian, sumber cahaya, kepadanan, permukaan dinding, dan perabot cukup penting bagi memilih corak kertas dinding yang sesuai.



Jadi bertemulah dengan kami agar pemilihan kertas dinding dibuat dengan tepat dan padan sementara promosi menjelang ramadhan ini.




















Ikuti video tip kertas dinding dari Zaldeco




Kilik pautan di bawah untuk separuh lagi contoh-contoh kertas dinding:
Antara Koleksi (A)

Antara Koleksi (B)

Antara Koleksi (C)

--------------------------------------------------------------------------

Ruang yang kosong kembali menyerlah dengan kehadiran kertas dinding bercorak. Ianya suatu alternatif dari pemilihan cat yang di mana kertas dinding merupakan pilihan yang mudah, cepat beserta hasil yang lebih menakjubkan. Saksikanlah ruang-ruang ini setelah memperagakan kertas dinding - kertas dinding pilihan.

57 comments:

Perjalanan Tanpa Noktah said...

Memang cantik2 semuanya...

- dieyana - said...

alamak, lawanya! sampai bila promosi ni?

zaldeco said...

sepanjang april

Hairi Hanania said...

May & June ada promosi lagi tak?

zaldeco said...

masih ade....

huntchoc said...

yang jns roll pendek punya xde ke?

zaldeco said...

roll pendek kita namakan dia sebagai border, ianya sudah semakin di tinggalkan di dalam dunia dekorasi hari ini.

Unknown said...

mcmana nk hubungi nie...

zaldeco said...

mimie....no hp zaldeco seperti yg tertera pada blog header.TQ

Marlyssa said...

Satu roll brape..? Kalau buat utk satu bilik harga brape?

zaldeco said...

Marlyssa: kita ade ratusan koleksi. bermula serendah dari RM80 segulung....kaw...kaw murah...

Unknown said...

Hurm....satu rol brapa panjang n brapa lebar?

zaldeco said...

hi roslina, satu gulung mostly for 5 x 11 feet

Izanti said...

kalau dinding saya sudah berwarna merah, elok tak klu saya bubuh wall paper warna merah juga di separuh dinding? Pemasangan ada charges ke?

zaldeco said...

tgk juga kombinasinya mcm mana. pemasangan of kos le ade caj cik. zaman sekarang mana ade free hehe...

omar said...

ada buat servis untuk tanggalkan wallpaper dan cat dinding semula?

MiA said...

upah mengecat dan pasang wallpaper boleh buat?

zaldeco said...

boleh....

Milnash said...

macamana nak tau kesesuaian perabot dan wallpaper..sbb rumah ada perabot coklat n sofa merah gelap.. ada ke yg sesuai

aeka mnsr said...

december ni ada promosi lg ? ada tak wallpaper bulat2 bsr ?

Unknown said...

salam zaldeco...
boleh bg anggaran harga utk dinding 90ka per???
Mklm aje nk kira budget sebenarnya...

Asyf@ said...

salam..sofa warna grey...per color yg match utk wallpaper?

siti aishah bt hassan said...

Kedai kat mana? Nak tengo

my curtain said...

boleh email kat saya x price utk sekali.... yatiekamaroon@gmail.com

GeeGee Moda said...

Salam..

Boleh saya tahu dimana alamat dan contact no. ?

Unknown said...

Salam.. Saya berminat dgn wallpaper nie.. Bleh emel saya kt tieyee688@gmail.com.. Saya berada di Kelantan

Unknown said...

kalau kat kuantan blh dtg buat tak

nurfadzilah binti zainuddin said...

salam,
saya nk tnye ade x wallpaper gambar sebatang pokok?

Unknown said...

salam ..

saya rumah flat . berapa angaran harganya ya utk 1 ruang tamu ?

zafya said...

Penang boleh tak?

Unknown said...

Salam..
Sy nak tnye utk promosi bln ramadhan ni ada x?
Then sy nk tnye jika rumah pangsapuri berapa kos @anggaran utk ruang mkn,ruang tamu n bilik.
K tq...

Unknown said...

Salam.. Saya berminat dgn wallpaper nie.. Bleh emel saya kt nur_shafika@ymail.com

Unknown said...

wow lepas ni boleh buat sendiri dah
http://agdaudr.blogspot.com/:)

Unknown said...

salam.. saya nak tanya berapa harga segulung? segulung untuk satu bilik atau satu dinding sahaja? tq.

OrangePutra said...

askm... kat kedah ada cawangan tak??? mmg nak pasang ni

Unknown said...

bagi la phone number or email address , semua berminat ni ..

Unknown said...

bleh dtg kota bharu tak...???

Firdawani said...

boleh datang ke perak?

Iftilyana said...

Aslmkum.. Bole email (lyanarefqha@gmail.com)detail lebi lanjut x? cth; brapa Rm/roll? , 1roll brpa ukuran(PxL)? , brapa postage ke sabah..

tanx

PapaRock said...

ada yg japanese style tak?

fiesya said...

boleh saya tahu berapa harga per roll?..n sebut harga untuk pemasangan sekali...tq..bole pm saya di nfisya2@gmail.com

Unknown said...

pm sy hrga per roll di liezabondaairis@gmail.com

Mohd. Hazely said...

pm saya harga per roll hazel6323@gmail.com

Unknown said...

pm saya harga per roll

Unknown said...

Kalau pasangkn wallpaper saja ade..sbb dh lama beli tp blom pasang2 lg...bape kos pasang saja?

Unknown said...

Ada bunyi buat promotion kat Kuching, Sarawak?

TeFaL LOveRs said...

as salam.. ada promosi ke? boleh email kan ke azrihan_nicky@yahoo.co.uk

Anonymous said...

email norshawany@gmail.com details wallpaper.. terima kasih..

Unknown said...

salam ..klau da promosi ..emel please kat yatieyherman95@gmail.com

ikhsan said...

salam tuan.kt kedah ada buat x?

Kasut Buruk said...

boleh tak email pakej ke hdmc_col@hwang.com.my

Unknown said...

Sala kedai sy mempunyai keluasan 8x10 dan bertemakan garden.wallpaper mne yg sesuai dan brp harga pemasangan wallpaper+upah (kedai pudu area) reply email at diamondcastclozet@gmail.com

Unknown said...

giler cantikkk... time kasih bagi idea
http://www.duniakecantikankesihatan.blogspot.com/

menuemas said...

Salam, ruang keluasan 800sq dan bertemakan klasik / elegent.wallpaper mne yg sesuai dan brp harga pemasangan wallpaper+upah (semenyih area) reply email at menuemas@gmail.com

Renaldi said...

Nyari tempat hunian apartemen strategis dan nyaman di pusat kota jakarta? Coba yuk lihat-lihat di Green Pramuka City Hunian Strategis dan Nyaman di Pusat Kota, baca ulasan reviewnya di http://renseo.blogspot.com/2016/06/Green-Pramuka-City-Hunian-Strategis-dan-Nyaman-di-Pusat-Kota.html.

Unknown said...

Assalamualikum bos tolong email pada saya harga wallpaper dinding

Ainie said...

cara cepat menghilangkan jerawat ala Garnier berikut ini harus kamu coba, dan tidak ketinggalan ada juga cara memakai masker wajah

Post a Comment