.

Pengikut Blog Zaldeco

Tip-Tip ZALDECO

Zaldeco sedia berkongsi pelbagai tip untuk anda semua dalam memahami dan mendekati teknik-teknik dari asas dekorasi. Ianya amat berguna dalam menyediakan kediaman indah yang selalu anda impikan.

----------------------------------------------------------------------------------------------

'Table Setting' - Minum Petang Bersama Hidangan Berkuah/Sup


Kali ini selebriti pereka dalaman, Faizal Zain membawakan idea table setting untuk hidangan minum petang. Ianya terdiri dari minuman panas dan sejuk bersama hidangan berkuah atau jenis bersup.




Table setting kali ini lebih ringkas dan mudah untuk anda ikuti, tidak terlalu sarat kerana ianya lebih kepada hidangan yang santai. Warna merah dan putih dipilih sebagai satu gabungan yang serasi. Di sini dipaparkan sebahagian dari cara-caranya, untuk mengetahui keseluruhan cara-cara menyediakan table setting ini, dapatkan majalah DAPUR keluaran Mac-April 2013. Jom cuba!










----------------------------------------------------------------------------------------------

'Table Setting' Lebaran

Lama benar saya tidak berkonsgi tip dekorasi bersama anda, maklumlah terlalu sibuk dengan dekorasi di sana-sini, temuramah, ulasan artikel dan beberapa projek bersama siaran tv. Namun dalam waktu yang terlalu sibuk ini saya masih tidak lupa kepada semua peminat saya dan rasa bersalah saya kian menebal apabila sering memikirkan ramai pengikut saya yang mungkin berdebar saat mengadakan rumah terbuka sempena Aidilfitri nanti apabila masih tercari-cari dekorasi meja atau mudah disebut 'table setting' yang ringkas tetapi menarik saat menjamu para tetamu yang berkunjung meraikan hari mulia.


Bermula dari meja makan yang kosong, sediakan barang-barang yang diperlukan.

Jadi kali ini saya membawakan sentuhan 'table setting' yang mudah anda ikuti dan mudah anda aplikasikan di rumah masing-masing. Apa yang saya tekankan di sini adalah langkah-langkah melipat tisu mulut, tisu tangan dan juga napkin dada. Tidak lupa juga cara menyusun sudu, garfu dan pisau beserta pilihan peralatan jamuan.



Lipatan napkin dada berbentuk 'Kekwa'.

Mula-mula sediakan 3 jenis tisu berlainan saiz. Saiz yang agak besar untuk napkin dada yang akan kita letakkan di tengah-tengah pinggan, saiz sederhana adalah untuk tisu tangan yang kita akan letakkan bersama pencuci mulut dan saiz kecil adalah untuk tisu mulut yang akan kita letakkan bersama sudu, garfu beserta pisau. Ikuti langkah-langkah lipatan saya ini, rekaan yang saya tampilkan agak 'basic' bagi meudahkan anda memahaminya.


Lipatan tisu mulut dan lipatan tisu tangan.

Jika anda punya budget lebih, sediakan tisu dari 3 warna yang berlainan agar satu rekaan dekorasi tercetus dengan permainan rona warna. Dan pilihlah tisu yang sedikit tebal dan tidak terlalu nipis dan mudah terkoyak. Selain memudahkan lipatan ianya juga membuatkan para tetamu berasa lebih selesa.


Napkin dada diletakkan di tengah-tengah pingan dan mangkuk.

Napkin dada yang diperbuat dari tisu mahupun kain akan diletakkan di dalam pinggan mahupun mangkuk di tengah-tengahnya. Bagi hidangan asia seperti menu hari raya selalunya hanya 2 hingga 3 jenis pinggan diperlukan. Antaranya pinggan leper, mangkuk dan juga piring. ianya bergantung pada jenis menu yang anda hidangkan. Kali ini saya hanya memilih untuk menyediakan pinggan dan mangkuk sahaja. Pinggan untuk makanan kering manakala mangkuk untuk makanan berkuah. Selain itu dekorasi kecil amat sesuai diletakkan di tengah-tengah 'setting' tadi, kali ini saya memilih bunga artificial ringkas sebagai jantung dekorasi 'table setting' ini.


Dekorasi Napkin dada, dan sisipan sudu, garfu, pisau di dalam tisu mulut.

Tisu mulut yang dilipat seakan poket menjadi sisipan buat sudu, garfu dan pisau. untuk hidangan hari lebaran selalunya 3 perkakas ini sudah memadai untuk menjamah pelbagai jenis masakan. Segelas minuman juga diletakkan di sebelah kanan bersebelahan dengan sudu, garfu dan pisau tadi.



Lilin beraroma menjadi hiasan kecil kepada 'table setting' tadi. Namun peranannya bukan sekadar hiasan. Lilin jenis ini menghasilkan bau yang harum dan segar. Tidak semua tetamu selesa dengan bau hidangan yang disediakan, mungkin ada di kalangan mereka yang alah pada masakan ataupun bau sesetengah masakan. Jadi lilin beraroma menjadi penyegar bauan makanan yang penuh berlegar di dalam kediaman kita nanti.

Di sebelah kiri juga diletakkan sedikit pencuci mulut. Kali ini saya memilih epal. Pilihlah pencuci mulut yang mudah dicapai dan dimakan tetamu agar segalanya berjalan lancar.



Setelah 'table setting' anda siap tambahkan seri meja makan anda dengan kehadiran dekorasi ringkas. Kali ini saya memilih bunga bola sebagai titik tarikan utama di tengah-tengah meja bersesuaian dengan saiznya yang agak besar. Disertakan dengan bunga kecil di bucu meja kiri dan kananya.



Nah kini anda sudah boleh bersedia menerima kunjungan tetamu di hari mulia dengan sentuhan 'table setting' yang ringkas tetapi menawan. para tetamu pasti akan terpegun dengan sentuhan yang anda berikan.



Akhir sekali pastikan menu yang anda sediakan juga menarik selera para tetamu. Selamat menjamu selera!

----------------------------------------------------------------------------------------------

Semburan Haruman


----------------------------------------------------------------------------------------------

Kesegaran Bunga Hidup

No comments:

Post a Comment