.

Pengikut Blog Zaldeco

Pasu Bunga


Pasu bunga juga memainkan peranan yang amat penting untuk sesebuah deko laman. Pemilihan bentuk pasu bunga yang bersesuaian dengan konsep deko laman yang ingin diketengahkan akan menampakkan suatu hasil yang cukup berjaya.


Pemilihan tumbuh-tumbuhan untuk sesuatu jenis pasu juga harus bertepatan agar pasu tidak kelihatan terlalu besar ataupun terlalu kecil. Susun atur tumbuhan di dalam pasu-pasu juga harus dititikberatkan agar deko laman yang ditampilkan tidak kelihatan janggal dan salah.


Terdapat pasu bunga yang lanai, tinggi, lebar mahu pun dalam bentuk pot-pot yang kecil. Kesesuaiannya haruslah ditekankan untuk menghasilkan satu deko laman yang menarik.


Pasu-pasu bunga seramik ini juga datang di dalam pelbagai warna dan bentuk. Selain dari pasu bunga yang berasaskan seramik, terdapat juga pasu-pasu bunga yang berasaskan kayu, kaca, aliminium dan sebagainya.


1 comment:

Unknown said...

dimana boleh dapat pasu pasu ni

Post a Comment