.

Pengikut Blog Zaldeco

Casa Idaman Kondominium, Gombak.

Zaldeco sempat berkunjung ke rumah salah seorang pelanggan kami di Batu Muda, Gombak Selangor. Kediaman jenis kondominium ini baru sahaja siap dibina dan kini para pembeli sibuk berkemas untuk pindah masuk ke kediaman baru mereka.





Zaldeco Inspirations diberi kepercayaan untuk mendekorasi dan merenovasi kediaman di Casa Idaman Kondominium ini.



Dari ruang yang polos berkeluasan 1180 kaki persegi ini, Zaldeco akan mengilhamkan sebuah kabinet dapur, mendekorasi ruang makan dan ruang utama beserta 4 bilik yang terdapat di kediaman ini.



Semua proses renovasi akan bermula hujung Januari ini dan dijangka berlangsung selama sebulan. Jadi nantikan hasil sentuhan Zaldeco Inspirations untuk kepuasan pemilik rumah ini dan juga tatapan pengunjung blog.