.

Pengikut Blog Zaldeco

Zaldeco Inspirations

Zaldeco Inspirations mampu mencipta satu inspirasi kepada ruang yang selama ini anda impikan. Katakanlah apa sahaja jenis pengubah-suaian pun, Zaldeco pasti akan memberi suatu impak rekaseni yang berlandaskan kreativiti dan innovasi. Telah sekian lama berdiri di dalam bidang ini, membuatkan Zaldeco menjadi pilihan utama bagi merealisasikan sentuhan-sentuhan alternatif dan terkini.

Dari pelbagai jenis kediaman seperti flat, pangsapuri, kondominium, teres dan banglo sehinggalah pengubah-suaian pejabat, kedai, restauran dan kafe, Zaldeco terus mengukuhkan kedudukannya di hati pelanggan.

Jadi mengapa harus tunggu lagi? Dapatkan bentuk dan dekorasi yang selama ini anda impikan mengikut budget anda sendiri. Hubungi Zaldeco hari ini kami sedia menanti!

Antara Perkhidmatan Kami Termasuklah:
Cetusan idea dan dekorasi
Lakaran idea dekorasi 2D & 3D
Ubah suai rumah, pejabat, kedai & restauran
Mengecat & meratakan dinding
Memasang kertas dinding
Memasang jubin, marmar & tiles
Membuat plaster ceiling
Memasang lantai kayu lamina
Pendawaian & kerja-kerja elektrik
Memasang grill rumah dan kedai
Memasang awning rumah dan kedai
Rekabentuk kabinet dapur
Dekorasi lanskap & taman hijau

Signage, signboard dan billboard
Mendapatkan lesen pemasangan papan tanda
Banner & bunting
Flyers & pamplet
Barangan-barangan keperluan untuk pejabat baru
Barangan-barangan keperluan untuk kedai baru
Barangan-barangan keperluan untuk restauran baru




Meninjau ke ZALDECO DESIGNER SHOWROOM di mana pereka dalaman Faizal Zain banyak menghabiskan masa melayan pelanggan, memberi konsultasi rekaan dan juga menjadi ruang pameran pelbagai koleksi bahan-bahan dekorasi yang menarik. Setiap pelanggan yang hadir ke ZALDECO DESIGNER SHOWROOM dapat menyaksikan sendiri ratusan koleksi wallpaper kami, puluhan koleksi lantai kayu lamina, lantai vinyl, lantai decking, begitu juga pilihan-pilihan material untuk kabinet dapur mahupun rekaan wardrobe. Tidak ketinggalan ruang ini juga menyaksikan pelbagai dekorasi pelekat cermin dipamerkan kepada pelanggan.


Setiap hari ZALDECO DESIGNER SHOWROOM menerima kunjungan pelanggan dari pelbagai daerah, sudah semestinya pelanggan dari sekitar Kuala Lumpur dan Selangor menjadi majoritinya, namun ramai juga pelanggan yang datang dari Seremban, Melaka malahan ada yang turun dari Pahang dan Johor untuk bertemu selebriti pereka dalaman dalam mendapatkan pandangan rekaan hiasan kediaman masing-masing. Di sini juga terdapat pelbagai paparan artikel mengenai pereka dalaman Faizal Zain di dalam pelbagai majalah dan akhbar untuk tatapan para pengujung, tidak hairanlah Faizal Zain sering dilabel sebagai salah seorang pereka dalaman tempatan yang amat berpengaruh.


Di ruang pameran ini pelanggan akan melihat dengan lebih jelas pelbagai koleksi dari ZALDECO, malah ZALDECO juga merupakan 'One Stop Centre' dalam menghasilkan transformasi kediaman anda. Anda tidak perlu mencari pelbagai kontraktor untuk melakukan pengubah suaian kediaman anda kerana ZALDECO menawarakan koleksi wallpaper, khidmat mengecat, lantai kayu vinyl, lantai kayu lamina, lantai kayu decking, kabinet dapur, wardrobe, plaster ceiling, rekaan hiasan dalaman, wiring, construction dan segalanya.




Di sinilah tempat pereka dalaman Faizal Zain memberi pandangan dan memantau setiap rekaan dan tempahan pelanggan. Memastikan semuanya berjalan dengan lancar dan menepati citarasa. Di bahagian kilang ini menempatkan pelbagai bahan mentah untuk pelbagai jenis pembuatan rekaan kami. Bertulang belakangkan antara 10 hingga 15 orang pekerja, kadang kala ianya masih kesuntukan masa memandangakan tempahan yang masuk setiap hari puratanya melebihi dari 30 tempahan untuk pelbagai barangan. Tidak hairanlah ada diantara pelanggan kami yang terpaksa menunggu sedikit lama, namun kami masih menjanjikan sentuhan yang terbaik. Terima kasih atas kesabaran anda.




ZALDECO INSPIRATIONS sudah sekian lamanya mendapat kepercayaan pelanggan, tempahan yang tidak pernah putus membuktikan perkhidmatan kami mendapat perhatian masyarakat. Berdiri di atas tema 'Small budget, big ideas' ZALDECO sedaya upaya ingin terus menjadi peneraju harga rendah dalam sentuhan dekoarsi kediaman.


Apa yang sering ditekankan oleh pemilik ZALDECO INSPIRATIONS, iaitu selebriti pereka dalaman Faizal Zain ialah, beliau mahu semua golongan dan lapisan masyarakat hari ini mampu memiliki sentuhan dekorasi kediaman, malah impiannya mahu menyaksikan semua golongan masyarakat mampu hidup dalam kediaman indah dan menawan terus menjadi pembakar semangatnya dalam memperjuangakan ZALDECO INSPIRATIONS, terima kasih atas sokongan anda semua!

ZALDECO INSPIRATIONS...kami sedia membantu anda.....