.

Pengikut Blog Zaldeco

Dekorasi & Renovasi

Sebelum sesuatu ruang direnovasikan, beberapa aspek penting perlu diambil kira untuk mencapai matlamat dekorasi dan renovasi. Ini termasuklah pengubahsuaian untuk kediaman mahupun ruang perniagaan. Antara aspek-aspek yang perlu di utamakan ialah;

1. Budget dan Kemampuan Kewangan
Aspek ini memainkan peranan utama dalam sesuatu renovasi untuk kediaman atau pun ruang perniagaan. Dengan adanya budget asal mengikut kemampuan anda, maka kerja-kerja dekorasi dan renovasi akan berjalan di atas landasan budget tersebut. Misalnya anda hanya mampu memperuntukkkan RM5000 untuk renovasi ruang dapur, maka segala bahan, medium, dekorasi dan plan pengubahan hanya akan dilaksanakan mengikut budget tersebut.

2. Konsep dan Tema
Setelah mempunyai budget tertentu, maka bermulalah imaginasi anda apabila anda seharusnya memilih konsep ataupun tema untuk memulakan renovasi dan dekorasi ruang. Jika anda tidak mampu memilih atau pun tidak pasti apakah konsep atau tema yang ingin diketengahkan maka kami di Zaldeco akan memberikan cadangan dan pandangan mengikut kesesuaian.

3. Ruang & Tempat
Sesudah menetukan konsep renovasi dan dekorasi, anda perlulah memadankan tema tersebut dengan ruang ataupun tempat di mana yang ingin anda renovasikan. Tidak semua konsep dan tema bersesuaian dengan semua ruang. Secara lazimnya ruang-ruang ini selalunya ada yang luas, ada yang sederhana dan ada juga yang kecil. Ada pula ruang dengan syiling yang tinggi, ada juga ruang dengan syiling yang rendah. Pencahayaan juga termasuk di dalam aspek ini di mana anda harus tahu dari mana sudut pencahayaan datang agar renovasi ruang menjadi lebih sempurna. Jadi kebijaksanaan harus dititik-beratkan dalam penyelesaian aspek ini.

4. Warna dan Mood
Setelah itu baru anda mudah memilih warna atau pun mood mengikut ruang anda. Tidak semua warna boleh digunakan sesuka hati dalam dekorasi dan renovasi ruang. Jika tersalah memilih warna dan mood maka ruang renovasi dan dekorasi anda akan kelihatan janggal ataupun seperti tidak kena.

5. Perabot dan Bahan Dekorasi
Kemudian pemilihan perabut akan dibuat mengikut konsep atau tema, juga mengikut keluasan ruang dan seterusnya megikut warna dan juga mood yang telah ditentukan. Anda harus bijak dalam membuat pilihan perabot untuk memastikan konsep dan juga tema yang cuba disampaikan berjaya sekaligus tidak mencacatkan ruang. Bahan-bahan dekorasi juga harus bersesuaian dengan tema di mana percampuran bahan-bahan dekorasi dari pelbagai tema membuatkan anda akan kehilangan konsep dan tema asal dekorasi anda.

Jadi usah pening kepala, berbincanglah dengan kami untuk menyelesaikan segala aspek berikut.