.

Pengikut Blog Zaldeco

Asas Dekorasi

Hiasan dekorasi sebenarnya terbahagi kepada beberapa konsep. Terdapat hampir 15 konsep hiasan dalaman yang sering digunapakai iaitu di antaranya ialah konsep Art and Crafts, Asian, Contemporary, Cottage, Country, Eclectic, English Country, Mediterranean, Modern, Old World, Romantic, Southwestern, Traditional, Tropical dan Tuscan.


Konsep Art & Craft ________________Konsep Asian

Dalam asas dekorasi apa yang harus dititik beratkan ialah faktor-faktor pemilihan perabot, warna dinding, warna perabot, hiasan dinding, pemilihan fabrik langsir - corak dan warna, kedudukan perabot, hiasan laman, dapur, bilik tidur, ruang tamu dan juga ruang makan.

Konsep Modern & Contemporary___Konsep Eclectic

Konsep Cottage___________________Konsep Tropical

Jika kediaman anda mempunyai ruang yang terhad atau berkeluasan kecil dan sederhana maka pemilihan warna cat haruslah tertumpu kepada penggunaan warna-warna terang. Dengan penggunaaan warna yang lebih terang maka ruang yang sempit akan kelihatan lebih luas.Ruang yang rendah akan kelihatan lebih tinggi manakala ruang yang dekat akan kelihatan lebih jauh.


Penggunaan warna-warna asas bumi mampu membangkitkan aura klasik.

Penggunaan warna - warna terang ini khususnya adalah untuk ruang-ruang umum seperti di ruang tamu mahu pun ruang keluarga. Kerana ruang-ruang ini biasanya menjadi tumpuan dan mempunyai kehadiran tetamu yang kerap dan ramai. Namun penggunaanya tidak terhad. Pilihan warna terang dan lembut juga boleh diadaptasikan pada ruang-ruang bilik jika tema dan suasana ceria nan ringkas menjadi pilihan.


Sapuan cat dari rona lembut mampu menampilkan suasana segar ceria mahupun elegan.

Namun apa pun berbalik kepada konsep yang mahu diciptakan. Tidak bererti kesemua warna-warna yang gelap tidak bersesuaian dengan ruang yang kecil. Segalanya akan tetap kelihatan menarik jika dekorasi dan konsep yang cuba ditampilkan itu berjaya dibawakan dengan baik.


Sumber warna terang membuatkan ruang yang terhad nampak lebih luas. Gabungan warna yang sedondon juga membuatkan tema lebih berjaya ditonjolkan.

Terdapat pelbagai jenis cat yang di syorkan oleh Zaldeco. Antaranya jenama Jotun, ICI Dulux dan Nippon Paint. Juga terdapat pelbagai siri dari jenama cat-cat berikut termasuk siri ‘easy clean’ iaitu cat jenis yang senang di bersihkan tanpa menanggalkan warna cat dan siri ‘odor less’ dari Nippon Paint yang tidak mempunyai bau yang kurang menyenangkan. Anda juga perlu tahu samada sesuatu cat itu adalah untuk kegunaan ruang dalaman atau pun ruang luaran.



Selain penggunaan cat, penggunaan kertas dinding (wallpaper) juga memainkan peranan yang penting dalam menaiktaraf dekorasi ruang. Terdapat pelbagai reka bentuk kertas dinding yang boleh dipilih bertepatan dan bersesuaian dengan citarasa penghuni.

Kombinasi pemilihan corak kertas dinding amat penting agar ianya menepati tema dekorasi dan menyerlahkan ruang.

Tetapi pemilihan kertas dinding bukanlah jalan mudah bagi melengkapkan warna dinding. Ianya lebih rumit kerana terdapat pelbagai corak hingga membuatkan ramai yang telah melakukan kesilapan dengan memilih corak yang tidak bersesuaian dengan keluasan ruang, tema dan dekorasi.

Penggunaan kertas dinding harus menepati konsep dan ruang.

Namun jika pemilihan yang tepat, maka ruang yang dilitupi kertas dinding selalunya lebih menyerlah. Tarikannya lebih hebat. Terdapat pelbagai cara dalam menghiasi dinding dengan kertas dinding. Ada yang menggunakan hanya satu sahaja corak untuk melitupi keseluruhan ruang. Ada juga yang hanya ingin satu-satu sudut sahaja dilitupi dengan kertas dinding.

Kekuatan aura yang dibangkitkan kertas dinding sememangnya tidak dapat dipertikaikan.

Dekorasi tidak semestinya hanya tertumpu pada ruang dalaman rumah. Ruang luaran, halaman atau balkoni juga sama penting dalam aspek dekorasi. Hari ini tidak kira samada anda tinggal di kediaman jenis yang mempunyai lot tanah ataupun kediaman jenis bertingkat, anda masih mampu untuk memiliki suatu sudut hijau. Sudut ini jika dihias cantik dan tepat dengan tema dekorasi mampu menjadi satu ruang terapi minda apabila setiap kali memandang tumbuh-tumbuhan segar bugar menghijau memenuhi ruang.

Mencipta suatu sudut hijau mahupun taman mini memerlukan kemahiran yang tinggi.

Nah, kini Zaldeco telah pun berkongsi serba sedikit mengenai asas dekorasi dan anda juga telah melihat pelbagai bentuk dan gambaran mengenai konsep dan dekorasi. Jadi jika anda ingin mengadaptasikannya pada kediaman anda atau pun anda mahu kediaman anda di ubah memenuhi citarasa anda, hubungilah Zaldeco, kami sedia membantu anda!