.

Pengikut Blog Zaldeco

Pemasangan Wardrobe ZALDECO - Subang

Almari pasang siap 'wardrobe' ZALDECO sememangnya sering mendapat perhatian pelanggan. Dengan harga kami yang mampu dimiliki beserta rekaan-rekaan yang telah saya siapkan memudahkan pelanggan untuk terus memilih.

Seperti pelanggan kami di Subang yang memilih 'wardrobe' ZALDECO dari rekaan TASH dengan tambahan 'box up' untuk lebih ruang simpanan.




Rekaan wardrobe kami yang kukuh dengan anti gelincir pada pintu-pintunya membuatkan ianya amat berbaloi untuk dimilki. Bukan sahaja menampilkan rekaan bilik yang lebih menarik, ketahanannya juga diyakini.




Memiliki almari pasang siap seperti ini bukan sahaja menjimatkan ruang malah ianya pilihan bijak bagi mereka yang menginginkan ruang simpanan yang lebih luas untuk menyimpan barang-barang yang banyak.



Wardrobe sebenarnya bukan sahaja ruang untuk menyimpan pakaian, anda juga boleh menyimpan segala keperluan diri seperti koleksi beg tangan, kasut, aksesori. Dan ianya juga tempat anda menyimpan segala jenis fabrik dari cadar, selimut, gebar termasuklah bantal dan sebagainya. jadi barang-barang ini lebih mudah dicapai dan disimpan semula, tidaklah ianya bersepah di merata-rata.




Nah, inilah kemegahan pelanggan apabila wardrobe dengan rekaan bernama 'TASH' siap dipasang. Jika anda ingin melihat rekaan 'TASH' dan rekaan-rekaan yang lain, sila lihat koleksi wardrobe dari ZALDECO.

No comments:

Post a Comment