.

Pengikut Blog Zaldeco

Dekorasi & Renovasi di Bukit Rahman Putra



Tahun 2011 di akhiri ZALDECO dengan sebuah projek renovasi mega sebuah kediaman mewah di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh Selangor. Dengan budget pemilik yang agak besar dan diberi kepercayaan sepenuhnya oleh pemilik kediaman ini ke atas bahu pereka dalaman Faizal Zain, membuatkan ZALDECO menggalas tugas dengan penuh tanggungjawab.

Sentuhal Zal kali ini membawa kepada elemen glamor dan mewah, bersesuaian dengan keperibadian pemilik kediaman ini, pasangan usahawan berjaya berbangsa india.


Tonton: Pereka dalaman Faizal Zain di perkarangan kediaman.



Kerjasamana dan kesefahaman membuatkan team ZALDECO menghasilkan sentuhan yang tepat.

Sudah menjadi trend, apabila pereka dalaman Faizal Zain gemar memberikan penerangan yang cukup terperinci mengenai konsep, sentuhan idea dan bahan-bahan, malah sentiasa memastikan ZALDECO TEAM 'bergerak' dalam hala tuju yang betul.


Tonton: Penggunaan wallpaper mewah menaikkan lagi seri ruang makan.




Menghasilkan sentuhan yang penuh glamor, ZALDECO tidak lepas dari siri koleksi wallpapernya. Kali ini bersesuaian dengan budget, pilihan kertas dinding mewah, glamor dan klasik melatari keseluruhan ruang kediaman.




Tonton: Pemasangan lantai lamina adalah pilihan yang bijak!

Tiles, jubin, marmar....namakan apa sahaja yang serumpun dengannya, bagi pereka dalaman Faizal Zain ianya agak sudah ketinggalan zaman. Lewat kini pemilihan lantai kayu lamina adalah sesuatu yang lebih tepat. Tampil lebih ekslusif, sejuk dan bergaya selalunya lantai kayu lamina lebih menyelamatkan ruang anda dan lebih sedondon untuk disuai padankan dengan pelbagai tema. Jadi keseluruhan ruang lantai kediaman mewah ini akan menggunakan lantai lamina dari ZALDECO INSPIRATIONS.





Faizal akan sering berada di lokasi sepanjang tempoh pengubahsuaian bagi memantau dan memastikan kesemua kerja-kerja berjalan lancar. Sudah menjadi prinsip ZALDECO untuk tidak melepaskan segala tugas sepenuhnya tanpa pantauan dan panduan. Itu yang membezakan kami dengan kontraktor-kontraktor yang lain.


Tonton: Mengapa perlu risau dengan budget renovasi anda selagi berurusan dengan ZALDECO.

Sentuhan landskap dan taman hijau juga tidak ketinggalan dalam renovasi kediaman ini. satu sentuhan ringkas tetapi elegan buat ruang taman sederhana terhasil. Pemilihan pokok dan hidupan yang tepat bersama air pancuran berbatu menjadikan suasana lebih santai dan tenang di perkarangan kediaman.




Tonton: Pereka dalaman Faizal Zain bercerita mengenai dekorasi landskap.

1 comment:

Shazan said...

salam. sy bercadang utk pasang tiles di bahagian porch. brape upah pasang utk keluasan >< 600sqf. Tiles sy beli sendiri (1 x2)lain2 bahan x ada.

Post a Comment