.
.

Pengikut Blog Zaldeco

Lantai Vinyl ZALDECO



Lantai Vinyl ZALDECO merupakan produk terbaru untuk mempercantik lantai anda di ruang ‘basah’ seperti dapur dan yard (ruang sidaian) mahupun ruang balkoni rumah. Ianya merupakan satu alternatif terbaik apabila kita mula bosan dengan penggunaan material tiles dan marmar pada permukaan lantai dapur.



Lantai Vinyl adalah pilihan yang lebih tepat berbanding lantai tiles untuk permukaan yang mudah basah seperti lantai-lantai di ruang dapur. Lantai Vinyl tidak mudah licin dan berminyak, jadi kebarangkalian anak-anak kecil atau anda untuk tergelincir di ruang basah ini amatlah rendah.




Ianya lebih lembut dan tidak serap sejuk malah lebih selesa di permukaan tapak kaki anda. Dengan cara pemasangan yang cukup mudah dan hasil yang cukup efektif, kini ZALDECO gemar mengadaptasikan lantai Vinyl pada sentuhan-sentuhan ruang dapur terbaru kami. Lantai Vinyl ZALDECO juga dicipta untuk tahan basah dan lembapan, tahan calar, tahan dari serangan anai-anai dan kualitinya yang tega membuatkan lantai Vinyl kami boleh bertahan hingga belasan tahun lamanya. Awas dengan tawaran lantai Vinyl di pasaran yang tidak berkualiti dan dicipta dari bahan tiruan sehingga boleh menawarkan anda dengan harga yang begitu murah, tetapi kualitinya nanti amat mengecewakan.



Jesteru itu ruang dapur anda akan tampil lebih ekskulif dengan permukaan lantai Vinyl kami. Dengan tawaran aneka pilihan motif permukaan kayu yang mewah iainya mudah disuai padankan dengan kabinet dapur anda. Katakan sahaja apa jua konsep dapur anda; konsep Inggeris, konsep urban, konsep moden, konsep elektik mahupun konsep asian semuanya dapat diserasikan sepenuhnya bersama lantai Vinyl kami.



Jadi mengapa tunggu lagi, dapatkan sentuhan ZALDECO, konsultasi dan sebut harga lantai Vinyl hari ini juga!

21 comments:

nina_omel said...

suplly n install ke? or kalau nak beli meterials sahaja di kira mcmner?

Norashiqin Kamaruzaman said...

~.~ bestnye....kalau kreatif....suka2!

zaldeco said...

suplly n install sekali gus, cukup mudah dan menjimatkan kos.

Matpit a.k.a Hero Rancakdisitu said...

Mcm mana kira ni?

Mama-Ipan said...

Salam,
Kalau dipasang di bilik tidur ok ke?

SueAnnie said...

saya nak mintak quo untuk pasang lantai ni pada ruang tamu + ruang makan 10*30, bilik tidur 10*10 X 2, bilik tidur 10*8. kontek saya di SueAnne7@gmail.com.

bidadarikayangan said...

blh quote sy x utk bilik tidur 10'x12' email ke aurora1811@yahoo.co.uk

Rayyan Darwish' said...

camne kira ni??? harga plzzz

zaldeco said...

to: Mama-Ipan
kalau bilik tidur saya syorkan lantai lamina. Lihat promosi besar-besaran kami.

zaldeco said...

To: SueAnnie:
ruang tamu, ruang makan dan bilik tidur tidak sesuai untuk penggunaan vinyl, ianya lebih kepada lantai kayu lamina. Lihat promosi besar-besaran kami.

zaldeco said...

To: Bidadarikayangan
Lantai vynyl tidak sesuai untuk bilik tidur. Lantai untuk bilik tidur adalah lantai lamina. Lantai vynyl lebih khusus pada ruang dapur.

zaldeco said...

To: Rayyan
pengiraan mengikut keluasan.

WatiE ThE GrEaT said...

untuk ruang tamu sesuai tak? berapa harga/sqf ni?

zaldeco said...

sesuai, harga lebih luas keluasan anda, lebih murah harganya.

ida said...

brp kos utk keluasan 10x16

jai said...

ni kalau 20x15 kaki berape harga dia.... dan nak tampal kat dinding senbagai wallpaper boleh tak.... dan tahan calar tak

boleh email ke jailantan@live.com

black said...

boleh tak dapatkan quotation untuk harga sekeping dan standard size. sila emailkan butiran ke email saya at blackytamin@gmail.com

ArRaeesa said...

Salam, sblm ini saya ada pasang wallpaper.. mmg puashati. kali ni nak tanya..jika lantai vinyl saiz dapur basah adalah 28kaki X 7kaki. berapa harganya?

stk.

Khairudin Omar said...

salam, untuk ruang dapur berkelusan 20*20 berape anggaranyer. bagi quotation di email saya

khairudinomar@yahoo.com

ayies said...

Ayies
Salam.blh bg quo harga utk dapur 9"x17".emel kt sy klz8177@gmail.com

Rahim Abd said...

Salam,
Boleh dapatkan sebutharga bekal n pasang vynil flooring utk ruang dapur basah 16' x 10'...lokasi batu caves, selangor..emel ke : rhm.abd@gmail.com

Post a Comment